Nota :
1.
Sila beratur mengikut kelas masing-masing
2.
Letakkan beg di sisi sebelah kanan kamu
3.
Luruskan barisan dan senyap
Yang
berusaha, Puan Faizah bt Kahar, guru
besar SK Polis Kem,
Yang
dihormati barisan kepimpinan pentadbir sekolah,
Pn Zanariah bt Mat Jidin, Guru
Penolong Kanan Kurikulum,
Puan Zaliah bt Marzuki, Guru
Penolong Kanan HEM
En Azmi bin Wahid, Guru
Penolong Kanan Kokurikulum
Guru-guru
dan murid-murid SK Polis Kem yang dikasihi dan dirahmati Allah swt. sekalian,
Alhamdulillah,
setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat illahi kerana dengan izin
dan inayah-NYA, maka dapat kita berhimpun dan berkumpul pada pagi ini.
*DOA
Untuk
memberkati perhimpunan kita pada pagi ini, saya mempersilakan saudara _________________________
untuk melafazkan doa.
Majlis
mengucapkan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.
*NYANYIAN
Majlis
diteruskan dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Bangsa Johor dan Lagu Sekolah. Semua guru dan murid diminta berdiri tegak dan
bersedia untuk menyanyi bersama dengan iringan muzik dengan penuh semangat.
*IKRAR
Bagi
melafazkan ikrar rukun negara, dipersilakan saudara ________________ untuk
memimpin lafaz ikrar.
Terima
kasih kepada guru-guru dan murid-murid atas nyanyian dan ikrar yang dilafazkan
sebentar tadi.
*LAPORAN GURU BERTUGAS
Guru-guru
yang bertugas pada minggu ini ialah:
1.___________________________
2.___________________________
3.___________________________
4.___________________________
5.___________________________
Majlis
diteruskan lagi dengan mendengar makluman dan info mingguan daripada guru
bertugas pada minggu ini. Dipersilakan.
Terima
kasih atas maklumat dan informasi yang disampaikan tadi.
*UCAPAN GURU (JIKA ADA)
Majlis
diteruskan lagi dengan mempersilakan _____________________ untuk memberikan
ucapan.
Terima
kasih diucapkan.
*UCAPAN GURU BESAR/PENTADBIR
Seterusnya,
majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
( ) Puan Faizah bt Kahar, Guru Besar SK
Polis Kem
( ) Puan Zanariah bt Md Jidin, Guru Penolong
Kanan Pentadbiran
( ) Puan Zaliah bt Marjuki, Guru Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid
( ) Encik Azmi bin Wahid, Guru Penolong
Kanan Ko-Kurikulum
Untuk
menyampaikan ucapan.
Majlis
merakamkan terima kasih atas ucapan yang disampaikan tadi. Semoga nasihat,
teguran dan amanat itu dapat kita jadikan panduan.
*BERSURAI
Sebelum
mengakhiri perhimpunan ini marilah kita bersama-sama menyanyikan sebuah lagu
patriotik.
Sekian
sahaja perhimpunan kita pada minggu ini. Terima kasih.
assalamualaikum..izikan saya copy yea..tima kasih
ReplyDeleteterima kasih atas teks..izin copy
ReplyDeleteIzinkan sy copy
ReplyDelete