renungan...

masa yang diberikan kepada kita semakin suntuk.. tetapi adakah kita telah melakukan semua tanggungjawab yang dipikul dengan sempurna? sesungguhnya tanggungjawab yang kita galas ini lebih banyak daripada waktu yang ada...

Friday 30 January 2015

TEKS PENGACARA MAJLIS PERHIMPUNAN RASMI



Nota :
1.      Sila beratur mengikut kelas masing-masing
2.      Letakkan beg di sisi sebelah kanan kamu
3.      Luruskan barisan dan senyap

Yang berusaha, Puan Faizah bt Kahar, guru besar SK Polis Kem,
Yang dihormati barisan kepimpinan pentadbir sekolah,
Pn Zanariah bt Mat Jidin, Guru Penolong Kanan Kurikulum,
Puan Zaliah bt Marzuki, Guru Penolong Kanan HEM
En Azmi bin Wahid, Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Guru-guru dan murid-murid SK Polis Kem yang dikasihi dan dirahmati Allah swt. sekalian,
         
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat illahi kerana dengan izin dan inayah-NYA, maka dapat kita berhimpun dan berkumpul pada pagi ini.

*DOA
Untuk memberkati perhimpunan kita pada pagi ini, saya mempersilakan saudara _________________________ untuk melafazkan doa.
Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

*NYANYIAN
Majlis diteruskan dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Bangsa Johor dan Lagu Sekolah. Semua guru dan murid diminta berdiri tegak dan bersedia untuk menyanyi bersama dengan iringan muzik dengan penuh semangat.

*IKRAR
Bagi melafazkan ikrar rukun negara, dipersilakan saudara ________________ untuk memimpin lafaz ikrar.
Terima kasih kepada guru-guru dan murid-murid atas nyanyian dan ikrar yang dilafazkan sebentar tadi.

*LAPORAN GURU BERTUGAS
Guru-guru yang bertugas pada minggu ini ialah:
1.___________________________
2.___________________________
3.___________________________
4.___________________________
5.___________________________

Majlis diteruskan lagi dengan mendengar makluman dan info mingguan daripada guru bertugas pada minggu ini. Dipersilakan.
Terima kasih atas maklumat dan informasi yang disampaikan tadi.

*UCAPAN GURU (JIKA ADA)
Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan _____________________ untuk memberikan ucapan.
Terima kasih diucapkan.

*UCAPAN GURU BESAR/PENTADBIR
Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

(     ) Puan Faizah bt Kahar, Guru Besar SK Polis Kem
(     ) Puan Zanariah bt Md Jidin, Guru Penolong Kanan Pentadbiran
(     ) Puan Zaliah bt Marjuki, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
(     ) Encik Azmi bin Wahid, Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum
Untuk menyampaikan ucapan.
Majlis merakamkan terima kasih atas ucapan yang disampaikan tadi. Semoga nasihat, teguran dan amanat itu dapat kita jadikan panduan.

*BERSURAI
Sebelum mengakhiri perhimpunan ini marilah kita bersama-sama menyanyikan sebuah lagu patriotik.


Sekian sahaja perhimpunan kita pada minggu ini. Terima kasih. 

3 comments: